Tanggal 29 November hingga 3 Disember 2006, Pantai Teluk Warisan, Pulau Duyong akan menjadi saksi lagi kehebatan pelumba perahu layar terhebat bersaing menjadi sang juara. Semasa pertandingan ini berlansung dijangka seramai 100 ribu orang akan membanjiri Pulau Duyong dan menyaksikan persaingan hebat merebut kejuaraan.
Banyak aktiviti yang diadakan semasa Monsoon Cup ini , antaranya pelbagai jenis pameran, pertandingan perahu layar kawalan jauh, menikmati cara menunggang “Segway” , Konsert Fiesta Monsun, Majlis Makan Malam Gala Eksklusif “ PRIDE” yang menampilkan George Benson. Acara kemuncak apabila 12 pasukan berentap merebut kejuaraan di Pulau Duyong.
Diantara tujuan acara ini diadakan di Terengganu adalah menarik ramai pelancong di negeri ini terutamanya pelancong dari luar negara melawat dan menikmati keindahan alam semu;ajadi di sini. Menurut pengelola, hampir 15 juta dihabiskan untuk tujuan promosi dan pengiklanan. Jumlah ini agak besar namum berbaloi untuk masa akan dating terutamanya industri pelancongan dan penginapan.
Sebagaimana tahun lepas, aktiviti kali ini dijangka lebih meriah dan menarik. Lagipun sudah ramai yang tahu bila dan dimana acara ini diadakan. Malahan ia mendapat liputan meluas apabila ESPN menyiarkanya secara langsung untuk tatapan jutaan peminat di seluruh dunia. Ayuh kita gegarkan Pantai Teluk Warisan, Pulau Duyong dengan sorakan kepada pasukan pilihan anda.
Tuesday, November 21, 2006
PlayStation 3 and PSMania
PS3 merupakan konsol permainan terkini yang akan mencabar konsol permainan video Xbox360 keluaran Microsoft yang telah setahun berada di pasaran. Konsol ini adalah yang termahal dalam sistem permainan generasi baru.
Sony telah memperkenalkan kepada umum mengenai spesifikasi dan bentuk PS3 akhir tahun lepas dan melancarkanya pada 3 November 2006 yang lalu di Jepun.
PS3 dilengkapi dengan sambungan wayerles, perisian pelayar internet dan menggunakan pemain cakera DVD Blue-ray yang mampu meningkatkan kemampuan grafik.
Bagi peminat PS3 inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk mendapatkanya walaupun terpaksa beratur panjang. Menurut laporan, lebih seratus orang peminat PS3 telah beratur diluar sebuah kedai yang menjualnya di bandar Rockville, Amerika Syarikat. Malahan ada diantara mereka sanggup mendirikan khemah diluar kedai semata-mata menjadi orang yang terawal memiliki permainan berkenaan.
Kebanyakan PS3 Mania sanggup menghabiskan wang simpanan mereka semata-mata untuk memiliki konsol terhebat ini. Hampir sebahagian besar peminat PS3 adalah tergolong dikalangan belia dan remaja. Malahan ada juga yang bekerja part time dengan mengumpul wang terlebih dahulu untuk mendapatkan permainan yang diidamkan ini.
Bagi yang kepingin memilikinya terpaksa bersaing dengan membida di laman web lelong seperti E-Bay. Harga ini melambung berkaliganda daripada harga asal namun kepuasan kepada yang dapat tidak boleh digambarkan dalam bentuk kata-kata. Hanya PSmania sahaja yang tahu bila hajat mereka diperolehi.

FAM Need Dunhill Sponsor For Football
Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) sedia berbincang dengan kerajaan berhubung dengan penajaan syarikat rokok. Keadaan ini berpunca kerana masalah kewangan yang membelenggu kebanyakan persatuan bolasepak negeri.
Dunhill adalah antara penaja utama bosepak Malaysia sejak berdekad lalu sejak liga semi pro lagi dan kini liga super turut memerlukan penajaan supaya aktiviti bolasepak berjalan dengan lancar.
Walaubagaimanapun, ia mungkin menerima tekanan hebat dari peringkat antarabangsa disebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) melarang keras penajaan syarikat rokok diperingkat antarabangsa.
Keadaan ini menyebabkan dilemma kepada pihak FAM dan persatuan bolasepak negeri. Ibarat “ duit dah ada tapi tak boleh nak digunapakai.” Penaja – penaja lain ada tetapi jumlah yang sedia untuk ditaja tidak banyak demi untuk melancarkan pengurusan bolasepak negeri dan peringkat antarabangsa.
Jika mendapat penajaan yang banyak dari Dunhill. Persatuan Bolasepak negeri dan FAM dapat gunakan peruntukkan tersebut untuk:
1.Membina dan melatih remaja menjadi pemain berkelas dunia seperti Ronaldinho, Thierry Henry, Gianlluigi Buffon dan ramai lagi.
2.Membina prasarana sukan bolasepak yang lengkap dengan kemudahan termoden dan terkini mengikut peredaran semasa.
3.Bayar untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan kakitamgan persatuan. Termasuk gaji dan elaun pemain, jurulatih dan pengurus pasukan.
4.Membuat latihan diluar negara dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang hebat seperti pasukan bolasepak di benua Eropah.
5.Membuat roadtour dengan mengcungkil bakat-bakat muda seperti yang dilakukan oleh pasukan MyTeam dalam mencari pemain berbakat untuk negara pada masa depan.
Bagi persatuan bolasepak negeri kena paksa diri mencari alternatif penajaan selain penaja yang sedia ada. Persatuan boleh menjalankan perniagaan konvensional seperti menjalankan perniagaan supermarket, borong dan sebagainya. Ia pasti mendapat sokongan pemain serta peminat bolasepak kerana tanpa sokongan peminat tiada pemain bolasepak yang baik.Pengurusan perniagaan ini hendaklah diuruskan oleh orang perseorangan yang pakar sahaja dan tanpa campurtangan politik pemimpin bolasepak.

Sunday, November 19, 2006
Benefit Job At Home
1.Jimatkan Perbelanjaan
Anda tidak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk ke tempat kerja. Anda dapat mengurangkan belanja petrol untuk kenderaan, tol , bayaran letak kereta dan sebagainya. Cuba anda kira sendiri, belanja petrol RM5.00 sehari, tol pergi dan pulang RM2.40 sehari, bayaran letak kereta RM5.00 sehari. Andaikan anda bekerja 20 hari sebulan bermakna anda perlu menampung perbelanjaan sebanyak RM248.00 sebulan.Jika anda bekerja di rumah anda tidak perlu fikirkan lagi bagaimana hendak menjelaskannya. Bayangkan betapa banyak anda jimat untuk perbelanjaan untuk setahun.
Menurut lagenda tinju, Muhammad Ali yang juga dikenali sebagai Cassius Clay, pernah berkata, “Apa yang penting bukanlah berapa banyak wang yang anda perolehi, tetapi bagaimana anda membelanjakan wang yang sedikit.” Bagi saya, rahsia menyimpan wang ialah dengan mengurangkan perbelanjaan dengan bekerja dari rumah dan mengawal belanjawan.
Bagi pesara agensi kerajaan menyatakan bahawa, “saya telah bekerja dari rumah. Ia telah mengajar saya bagaimana hidup dengan pendapatan yang sedikit tetapi perbelanjaan yang kecil.”
Saya berjaya melakukannya, malah mampu menyimpan lebih banyak daripada yang saya dapat simpan sebelum ini. Ia mungkin kedengaran mustahil: “Pendapatan anda kurang; inflasi sedang berlaku – harga barang-barang mahal tetapi anda kata anda boleh menyimpan lebih banyak. Benarkah?” Aneh, bukan?
Pertama sekali, apabila anda bekerja dari rumah, masa anda kurang dihabiskan di jalanraya dan ini bermakna kereta anda kurang menerima tekanan. Oleh itu, bukan sahaja kos untuk petrol akan berkurangan tetapi juga kos membaiki dan menyelenggarakan kereta.
Sedarkah anda bahawa setiap kali anda membawa kereta berjumpa mekanik, anda terpaksa membayar lebih kerana anda selalunya terpaksa membaiki bahagian yang sebenarnya masih berfungsi dengan baik? Saya pasti kebanyakan dari anda hanya menyerahkan bulat-bulat kepada mereka yang pakar untuk menentukan apa yang baik untuk kereta anda.
2. Gaya hidup lebih ringkas
Dengan bekerja dari rumah juga, anda tidak perlu menukar kereta atau membeli pakaian baru kerana pakaian yang ringkas adalah lebih sesuai apabila anda bekerja di rumah. Apabila bekerja di pejabat, anda mungkin berpakaian kemas dan cantik, tetapi di rumah tidak perlu. Anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang membeli pakaian yang mahal, beg dan kasut yang sedondong, tetapi anda juga dapat berjimat dari membeli alat solek. Pernahkah anda terfikir bagaimana setiap kali pulang dari pejabat anda akan bergegas menukar pakaian yang lebih selesa? Tentu sekali pakaian biasa ini lebih murah dan selesa! Di rumah anda tidak perlu berhias.
Saya kenal ramai pekerja wanita yang gemar menghabiskan wang gaji mereka membeli alat solek dan pakaian. Saya juga kenal beberapa orang yang hidup dengan kad kredit semata-mata kerana terikut-ikut dengan gaya semasa. Oleh itu, anda dapat menjimatkan wang dengan bekerja dari rumah.
3. Miliki banyak masa lapang
Jika anda bekerja dari rumah , anda dapat menjimatkan masa. Setiap orang miliki masa yang sama 24 jam tetapi anda punyai lebih banyak masa luang daripada orang lain. Anda boleh merancang masa anda dengan lebih baik. Anda boleh pergi berbelanja barangan dapur semasa keluar membayar bil dan sebagainya. Masa berada di tangan anda dan anda tidak perlu melapor diri kepada sesiapa. Dengan ini, anda dapat menjimatkan masa yang boleh anda gunakan untuk membuat kerja anda di rumah. Apabila keluar berbelanja, buatlah senarai barang-barang yang perlu anda beli untuk mengelakkan berbelanja keterlaluan.
Saya tidak pernah berbelanja ketika perut lapar kerana anda tidak sedar akan tarikan gerai makanan ke atas selera anda semasa anda sedang lapar. Makan di rumah adalah lebih menyihatkan. Ini juga menjimatkan perbelanjaan perubatan, dan anda tidak perlu berulang-alik berjumpa doctor. Ini juga bermakna anda menjimatkan masa!
Anda hendaklah mengambil kesemua peluang yang datang apabila anda bekerja di rumah, kerana anda mempunyai banyak masa yang boleh dipergunakan untuk bekerja dan berekreasi. Bila anda mempunyai terlalu banyak artikel untuk ditulis – kadangkala tugasan ini datang sekaligus – anda dapat merancang masa anda untuk dipadankan dengan tugasan dan tarikh akhir.
4. Anda adalah boss bagi anda sendiri!
Apabila anda bekerja di rumah, anda boleh mengambil pembantu separuh masa. Anda dapat berjimat dari mengambil pembantu rumah sepenuh masa. Kita semua tahu perbelanjaan untuk menggaji seorang pembantu rumah sepenuh masa adalah tinggi.
Bil elektrik, air dan telefon akan berkurangan kerana anda berada di rumah untuk mengawalnya. Tambahan pula, perniagaan dari rumah hanya memerlukan sedikit perbelanjaan tambahan kerana kebanyakan rumah sudah mempunyai perabot, telefon, komputer, malah mesin faksimili. Memulakan rumah-pejabat sungguh mudah. Lebih baik jika perabot tidak banyak kerana ini akan memberi ruang yang lebih luas untuk anda bergerak. Anda juga dapat belajar mempergunakan apa yang ada – improvasi ialah ciri-ciri seorang boss di rumah yang pintar. Gunakan kipas angin, bukannya pendingin hawa untuk menjaga alam sekitar dan menjimatkan tenaga kerana kipas angin menggunakan tenaga elektrik yang kurang.
Tentu sekali kos overhed dan perbelanjaan lain dapat dikurangkan kerana apabila anda bekerja dari rumah, anda tahu banyak perkara… tetapi ia tidak bermakna anda tidak mempunyai pengkhususan kerana anda boleh mengawal apa yang anda mampu lakukan. Anda boleh memilih tugasan dan klien dan menentukan tarikh akhir anda sendiri kerana anda adalah boss.
Anda adalah perancang utama, tiada siapa yang memaksa dan mendesak anda. Anda mencurahkan tenaga dan hasilnya adalah untuk anda juga. Jika anda bekerja dengan pintar, lebih banyak pendapatan yang boleh diperolehi. Keaadaan ini sudah tentu sekali dapat mengurangkan tekanan.
Bayangkan lah anda diminta menulis 15 artikel untuk laman web ini, oleh kerana masa berada di tangan anda , anda berjaya menyiapkan tugasan ini dengan cepat, dan anda pasti terkejut apabila diberi lebih banyak tugasan. Ini bermakna anad beruntung kerana mempunyai lebih banyak artikel untuk ditulis. Sudah tentu lebih banyak pendapatan yang anda perolehi. Apabila anda mengamalkan tabiat berjimat-cermat dan kehendak yang tidak seberapa kerana anda bekerja di rumah, saya mempunyai wang simpanan yang lebih. Mungkin anda dapat melakukan lebih banyak perkara yang ingin dilaksanakan dalam hidup seperti mendaki puncak Kinabalu. Semuanya boleh anda lakukan dengan bekerja sendiri secara pintar dan bekerja dari rumah anda..

Subscribe to:
Posts (Atom)