Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) sedia berbincang dengan kerajaan berhubung dengan penajaan syarikat rokok. Keadaan ini berpunca kerana masalah kewangan yang membelenggu kebanyakan persatuan bolasepak negeri.
Dunhill adalah antara penaja utama bosepak Malaysia sejak berdekad lalu sejak liga semi pro lagi dan kini liga super turut memerlukan penajaan supaya aktiviti bolasepak berjalan dengan lancar.
Walaubagaimanapun, ia mungkin menerima tekanan hebat dari peringkat antarabangsa disebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) melarang keras penajaan syarikat rokok diperingkat antarabangsa.
Keadaan ini menyebabkan dilemma kepada pihak FAM dan persatuan bolasepak negeri. Ibarat “ duit dah ada tapi tak boleh nak digunapakai.” Penaja – penaja lain ada tetapi jumlah yang sedia untuk ditaja tidak banyak demi untuk melancarkan pengurusan bolasepak negeri dan peringkat antarabangsa.
Jika mendapat penajaan yang banyak dari Dunhill. Persatuan Bolasepak negeri dan FAM dapat gunakan peruntukkan tersebut untuk:
1.Membina dan melatih remaja menjadi pemain berkelas dunia seperti Ronaldinho, Thierry Henry, Gianlluigi Buffon dan ramai lagi.
2.Membina prasarana sukan bolasepak yang lengkap dengan kemudahan termoden dan terkini mengikut peredaran semasa.
3.Bayar untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan kakitamgan persatuan. Termasuk gaji dan elaun pemain, jurulatih dan pengurus pasukan.
4.Membuat latihan diluar negara dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang hebat seperti pasukan bolasepak di benua Eropah.
5.Membuat roadtour dengan mengcungkil bakat-bakat muda seperti yang dilakukan oleh pasukan MyTeam dalam mencari pemain berbakat untuk negara pada masa depan.
Bagi persatuan bolasepak negeri kena paksa diri mencari alternatif penajaan selain penaja yang sedia ada. Persatuan boleh menjalankan perniagaan konvensional seperti menjalankan perniagaan supermarket, borong dan sebagainya. Ia pasti mendapat sokongan pemain serta peminat bolasepak kerana tanpa sokongan peminat tiada pemain bolasepak yang baik.Pengurusan perniagaan ini hendaklah diuruskan oleh orang perseorangan yang pakar sahaja dan tanpa campurtangan politik pemimpin bolasepak.
No comments:
Post a Comment