Tuesday, November 21, 2006

PlayStation 3 and PSMania

PS3 merupakan konsol permainan terkini yang akan mencabar konsol permainan video Xbox360 keluaran Microsoft yang telah setahun berada di pasaran. Konsol ini adalah yang termahal dalam sistem permainan generasi baru.

Sony telah memperkenalkan kepada umum mengenai spesifikasi dan bentuk PS3 akhir tahun lepas dan melancarkanya pada 3 November 2006 yang lalu di Jepun.
PS3 dilengkapi dengan sambungan wayerles, perisian pelayar internet dan menggunakan pemain cakera DVD Blue-ray yang mampu meningkatkan kemampuan grafik.

Bagi peminat PS3 inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk mendapatkanya walaupun terpaksa beratur panjang. Menurut laporan, lebih seratus orang peminat PS3 telah beratur diluar sebuah kedai yang menjualnya di bandar Rockville, Amerika Syarikat. Malahan ada diantara mereka sanggup mendirikan khemah diluar kedai semata-mata menjadi orang yang terawal memiliki permainan berkenaan.

Kebanyakan PS3 Mania sanggup menghabiskan wang simpanan mereka semata-mata untuk memiliki konsol terhebat ini. Hampir sebahagian besar peminat PS3 adalah tergolong dikalangan belia dan remaja. Malahan ada juga yang bekerja part time dengan mengumpul wang terlebih dahulu untuk mendapatkan permainan yang diidamkan ini.

Bagi yang kepingin memilikinya terpaksa bersaing dengan membida di laman web lelong seperti E-Bay. Harga ini melambung berkaliganda daripada harga asal namun kepuasan kepada yang dapat tidak boleh digambarkan dalam bentuk kata-kata. Hanya PSmania sahaja yang tahu bila hajat mereka diperolehi.

No comments: