Tuesday, November 21, 2006

Monsoon Cup Come Again

Tanggal 29 November hingga 3 Disember 2006, Pantai Teluk Warisan, Pulau Duyong akan menjadi saksi lagi kehebatan pelumba perahu layar terhebat bersaing menjadi sang juara. Semasa pertandingan ini berlansung dijangka seramai 100 ribu orang akan membanjiri Pulau Duyong dan menyaksikan persaingan hebat merebut kejuaraan.

Banyak aktiviti yang diadakan semasa Monsoon Cup ini , antaranya pelbagai jenis pameran, pertandingan perahu layar kawalan jauh, menikmati cara menunggang “Segway” , Konsert Fiesta Monsun, Majlis Makan Malam Gala Eksklusif “ PRIDE” yang menampilkan George Benson. Acara kemuncak apabila 12 pasukan berentap merebut kejuaraan di Pulau Duyong.

Diantara tujuan acara ini diadakan di Terengganu adalah menarik ramai pelancong di negeri ini terutamanya pelancong dari luar negara melawat dan menikmati keindahan alam semu;ajadi di sini. Menurut pengelola, hampir 15 juta dihabiskan untuk tujuan promosi dan pengiklanan. Jumlah ini agak besar namum berbaloi untuk masa akan dating terutamanya industri pelancongan dan penginapan.

Sebagaimana tahun lepas, aktiviti kali ini dijangka lebih meriah dan menarik. Lagipun sudah ramai yang tahu bila dan dimana acara ini diadakan. Malahan ia mendapat liputan meluas apabila ESPN menyiarkanya secara langsung untuk tatapan jutaan peminat di seluruh dunia. Ayuh kita gegarkan Pantai Teluk Warisan, Pulau Duyong dengan sorakan kepada pasukan pilihan anda.

No comments: