Thursday, December 07, 2006

Success But Fail?

Every sport games must be winner and loser. It is reality in the games. The winner is happy, the loser cannot frust and try the next time.
However we can look different between the winner and loser.
1. Racer A finish their 100 meter race but did not winning anything. Racer A happy because him finish their race.
2. Racer B success to finish their race but late 1 second from their competitor. Him get silver medal only.
3. Racer C finish their race 2 second before Racer A but late 10 second from Racer B.
4. Racer D win their race but fail to get finish good time to build new record .
5. Racer E did not join 100 meter race because him shoe was ripped. Him think got a winner if him race that games. He win 200 meter race after him get shoe placement.

This is situation we can adopt in life everyday. What is you opinion, whom is positive fail.

Holmberg – Juara Monsoon Cup

Kedudukan Keseluruhan Piala Monsun 2006
Jurumudi Pasukan Hadiah(RM)
1. Peter Holmberg(ISV) Alinghi 250,000.00
2. Mathieu Richard(PER) Saba Sailing 150,000.00
3.Ian Williams(GBR) Team Pindar 100,000.00
4.Peter Gilmore PST 90,000.00
5.Jesper Bank(DEN) United Internet 70,000.00
6.Bjorn Hansen(SWE) Team Apport.Net 60,000.00
7.Paolo Cian(ITA) Team Shosholoza 56,000.00
8.Sebatian Col(FRA) Areva Challenge 46,000.00
9.James Spithill(AUS) Luna Rossa Challenge 40,000.00
10.Adam Minoprio(NZL) Black Match Racing 35,000.00
11.Wearn Haw Tan(SIN) China Team 30,000.00
12.Tiffany Koo(MAL) Selangor Gapurna 28,000.00

Sekali imbas , penonton akan merasakan perlumbaan kapal layar kelihatan seperti sukan yang membosankan, Pemandangan bot ke hulu dan hilir diatas perairan, ditiup angin sepoi-sepoi bahasa ibarat bersiar-siar pada hujung minggu

Namun jangkaan anda meleset kerana ia sejenis sukan yang memerlukan kemahiaran dan tipu muslihat untuk memenangi perlumbaan.Contohnya, saingan penentuan juara antara Holmberg dan Mathieu. Mathieu berani ambil risiko dengan dikenakan penalti berpusing 360 darjah tepat pada boya terakhir dengan kelebihan 2 saat untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada pusingan keempat. Ia berlansung sengit apabila berkesudahan Holmberg menang tipis 3-2.

Tuesday, December 05, 2006

Tips Bijak Urus Kerja Harian

Tugasan semakin hari semakin banyak menyebbakan anda rasa terbeban dan tertekan. Malahan tugasan ini membuatkan fikiran anda bercelaru dan menjadi kusut. Keadaan ini menyebabkan anda sukar memberikan perhatian terhadapkan kerja dan sukar memilih yang mana satu mesti didahulukan.

Apa yang perlu anda lakukan?
1.Berhenti mengeluh
Keluhan anda bukanlah jalan [enyelesaian yang baik. Oleh itu, hentikan keluhan dan yakinkan diri anda mampu melakukannya walaupun ia sukar.

2.Tenangkan fikiran – berehat seketika
Bebanan tugas yang banyak membuatkan anda rasa tertekan. Justeru itu ambil masa beberapa minit untuk berehat sebentar sebelum menyambung kembali tugasan. Ia membuatkan anda merasa tenang malahan mampu mengubah mood anda menjadi lebih bertenaga.

3.Catat semua tugas dalam buku catatan
Catitlah segala tugas dalam buku catatan supaya anda tidak lupa apa yang perlu dilakukan. Cara ini akan memudahkan anda mengigati dan menyemak segala tugasan yang mesti dilakukan.

4.Siapkan tugas yang penting dahulu
Anda mesti tentukan tugasan dalam kategori tertentu iaitu segera, penting dan sebagainya. Cara ini amat membantu anda dalam melaksanakan dan menyelesaikan tugas yang lebih penting dahulu.

5.Sentiasa peka dengan perubahan
Perubahan disekeliling anda amat perlu diketahui. Ini bagi mengelak sebarang masalah yang bakal timbul . Sifat peka ini membantu anda memudahkan dan melicinkan tugasan harian.

6. Gunakan masa dengan sebaiknya
Kerja yang menimbun menyebabkan anda raskan tidak cukup masa untuk disiapkan.Oleh itu, mamfaatkan sebaik mungkin waktu terluang. Contohnya, menyiapkan minit mesyuarat semasa pulang sekiranya ada ruang melakukanya. Keadaan ini menyebabkan anda rasa terisi dengan melakukan sesuatu yang berfaedah.

7. Jangan lakukan kerja pada saat akhir
Tugasan yang dilakukan pada saat akhir lebih terdedah kepada risiko. Kerja siap pada saat akhir menyebabkan anda tidak mempunyai ruang menyemak kembali hasil tugasan yang disiapkan. Malahan kerja anda ini tidak memuaskan hati dan tidak memenuhi kualiti seperti yang diharapkan.

Sikap Mental – Penentu Kejayaan

Setiap pemain dalam apa jenis sukan sekalipun sangat berharap peroleh kejayaan. Sikap mental adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang dalam sesuatu permainan.

Apakah sikap mental yang positif?
1.Fikirkan kemenangan
Apabila anda memikirkan kemenangan, anda telah memperolehi satu kekuatan berbanding dengan pihak lawan. Secara tidak langsung kekuatan anda lebih daripada keupayaan pesaing anda.

2.Jangan cepat mengalah
Lakukan yang terbaik, menyebabkan anda rasa anda tidak akan kalah walaupun anda hampir kalah. Contohnya pasukan bolasepak anda ketinggal 1- 0 kepada pihak lawan dengan masa Cuma tinggal 3 minit tidak termasuk mas kecederaan. Dalam masa 3 minit itu apa-apa boleh berlaku, pasukan anda mungkin dapat menjaringkan 2 gol dan beroleh kemenangan. Bermain sehingga titisan peluh terakhir.

3.Jangan alpa apabila anda dahului lawan
Ini adalah satu sikap mesti diamalkan oleh setiap pemain dalam apa jenis sukan sekalipun. Jangan fakir anda sudah menag sebelum tiba di garisan penamat. Tamatkan perlumbaan dahulu sebelum raikan kejayaan.

4.Motivasikan diri dan rakan sepasukan
Jika anda adalah kapten dalam sesuatu permainan , anda mesti tunjukkan segala kebolehan anda. Anda menjadi ikutan kepada rakan sepasukan supaya bermain dengan lebih baik lagi. Anda adalah sumber kekuatan pasukan, jadi anda memotivasikan diri dengan bermain baik dan dapat memotivasikan rakan sepasukan yang lain.

5.Jangan biarkan penonton pengaruhi anda
Penonton adalah pemain yang ke 23 dalam permainan bolasepak. Jangan terpengaruh dengan ejekan penonton lawan, kawal diri anda daripada terpengaruh dengan penonton lawan. Buktikan pasukan lawan boleh dikalahkan dengan bermain bersungguh-sungguh.