Setiap pemain dalam apa jenis sukan sekalipun sangat berharap peroleh kejayaan. Sikap mental adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang dalam sesuatu permainan.
Apakah sikap mental yang positif?
1.Fikirkan kemenangan
Apabila anda memikirkan kemenangan, anda telah memperolehi satu kekuatan berbanding dengan pihak lawan. Secara tidak langsung kekuatan anda lebih daripada keupayaan pesaing anda.
2.Jangan cepat mengalah
Lakukan yang terbaik, menyebabkan anda rasa anda tidak akan kalah walaupun anda hampir kalah. Contohnya pasukan bolasepak anda ketinggal 1- 0 kepada pihak lawan dengan masa Cuma tinggal 3 minit tidak termasuk mas kecederaan. Dalam masa 3 minit itu apa-apa boleh berlaku, pasukan anda mungkin dapat menjaringkan 2 gol dan beroleh kemenangan. Bermain sehingga titisan peluh terakhir.
3.Jangan alpa apabila anda dahului lawan
Ini adalah satu sikap mesti diamalkan oleh setiap pemain dalam apa jenis sukan sekalipun. Jangan fakir anda sudah menag sebelum tiba di garisan penamat. Tamatkan perlumbaan dahulu sebelum raikan kejayaan.
4.Motivasikan diri dan rakan sepasukan
Jika anda adalah kapten dalam sesuatu permainan , anda mesti tunjukkan segala kebolehan anda. Anda menjadi ikutan kepada rakan sepasukan supaya bermain dengan lebih baik lagi. Anda adalah sumber kekuatan pasukan, jadi anda memotivasikan diri dengan bermain baik dan dapat memotivasikan rakan sepasukan yang lain.
5.Jangan biarkan penonton pengaruhi anda
Penonton adalah pemain yang ke 23 dalam permainan bolasepak. Jangan terpengaruh dengan ejekan penonton lawan, kawal diri anda daripada terpengaruh dengan penonton lawan. Buktikan pasukan lawan boleh dikalahkan dengan bermain bersungguh-sungguh.
No comments:
Post a Comment