Tugasan semakin hari semakin banyak menyebbakan anda rasa terbeban dan tertekan. Malahan tugasan ini membuatkan fikiran anda bercelaru dan menjadi kusut. Keadaan ini menyebabkan anda sukar memberikan perhatian terhadapkan kerja dan sukar memilih yang mana satu mesti didahulukan.
Apa yang perlu anda lakukan?
1.Berhenti mengeluh
Keluhan anda bukanlah jalan [enyelesaian yang baik. Oleh itu, hentikan keluhan dan yakinkan diri anda mampu melakukannya walaupun ia sukar.
2.Tenangkan fikiran – berehat seketika
Bebanan tugas yang banyak membuatkan anda rasa tertekan. Justeru itu ambil masa beberapa minit untuk berehat sebentar sebelum menyambung kembali tugasan. Ia membuatkan anda merasa tenang malahan mampu mengubah mood anda menjadi lebih bertenaga.
3.Catat semua tugas dalam buku catatan
Catitlah segala tugas dalam buku catatan supaya anda tidak lupa apa yang perlu dilakukan. Cara ini akan memudahkan anda mengigati dan menyemak segala tugasan yang mesti dilakukan.
4.Siapkan tugas yang penting dahulu
Anda mesti tentukan tugasan dalam kategori tertentu iaitu segera, penting dan sebagainya. Cara ini amat membantu anda dalam melaksanakan dan menyelesaikan tugas yang lebih penting dahulu.
5.Sentiasa peka dengan perubahan
Perubahan disekeliling anda amat perlu diketahui. Ini bagi mengelak sebarang masalah yang bakal timbul . Sifat peka ini membantu anda memudahkan dan melicinkan tugasan harian.
6. Gunakan masa dengan sebaiknya
Kerja yang menimbun menyebabkan anda raskan tidak cukup masa untuk disiapkan.Oleh itu, mamfaatkan sebaik mungkin waktu terluang. Contohnya, menyiapkan minit mesyuarat semasa pulang sekiranya ada ruang melakukanya. Keadaan ini menyebabkan anda rasa terisi dengan melakukan sesuatu yang berfaedah.
7. Jangan lakukan kerja pada saat akhir
Tugasan yang dilakukan pada saat akhir lebih terdedah kepada risiko. Kerja siap pada saat akhir menyebabkan anda tidak mempunyai ruang menyemak kembali hasil tugasan yang disiapkan. Malahan kerja anda ini tidak memuaskan hati dan tidak memenuhi kualiti seperti yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment