Setiap orang yang bekerja pasti mahukan upah apabila kerja berjaya dilaksanakan.Bagi kakitangan kerajan pula lebih bertuah belum cukup bulan lagi dah dapat upah, Biasanya mereka mendapat gaji pada 21 haribulan setiap bulan. Malahan sebilangan kecil daripada mereka “duduk diam tak buat apa-apa” masih lagi dapat duit gaji.
Pekerja swasta pula hanya dapat gaji, biasanya pada awal bulan iaitu selepas buat kerja. Kadang-kadang ada yang dapat pada hujung bulan berikutnya. Malahan pada 2 atau 3 bulan selepas bekerja. Adakah ini adil.
Saya biasa dengar, orang kata pekerja baru ( guru sandaran) hanya akan mendapat gaji selepas 3 bulan kerja dilaksanakan, Namun selepas 3 bulan masih tak dapat lagi gaji, kenapa ye. Selidik dan soalsiasat dibuat, sahlah pekerja tersebut tak dapat gaji lagi sebab surat perlantikannya masih berada di atas meja pengetua. Surat itu masih belum dipos, katanya tunggu selepas 3 bulan, baru hantar. Salah siapa ni.
No comments:
Post a Comment