Monday, December 11, 2006

Tips Mencari Kerja

1.Ketahui jenis kerja yang ditawarkan di pasaran.
2. Mempunyai sikap yang positif.
3. Pastikan jenis pekerjaan yang diminati.
4. Buat perancangan untuk mencari kerja.
5. Kumpul dan susun mklumat mengenai diri sendiri.

Dimana mencari kerja?
1.Iklan di akhbar utama.
2.Jabatan Tenaga Kerja.
3.Rakan dan saudara-mara.
4.Sekolah,
5.Agensi pekerjaan.
6.Iklan di radio dan televisyen.
7.Iklan sendiri seperti papan notis 7-eleven.
8.Papan kenyataan.

Bagaimana memohon?
Menulis surat permohonan- biasanya melalui surat permohonan dan biodata lengkap.

Cara menyediakan surat permohonan
Tidak ramai yang tahu menyediakan surat permohonan kerjaya yang betul. Cara yang professional menyediakan surat permohonan kerjaya tidak hanya menyediakan biodata lengkap. Surat permohonan hendaklah:
1.Tepat dan ringkas.
2.Menggunakan kertas putih kosong saiz A4.
3.Menyatakan kemahiran yang dimilki.
4.Menyatakan sebab anda calon yang sesuai.
5.Menjelaskan kenapa anda yakin jawatan itu sesuai untuk anda.
6.Akhiri surat dengan “ Yang Benar”

Lampirkan juga biodata diri dengan semua maklumat ini:
1.Nama, alamat, no. telefon, tarikh lahir dan no. kad pengenalan.
Maklumat pendidikan, kelulusan, bidang pengajian dan universiti/kolej/sekolah terakhir.
2.Maklumat pekerjaan, pengalaman kerja atau latihan kerjaya.
3.Kemahiaran: beri keterangan lanjut mengenai kemahiran anda.
4.Sumber rujukan: berikan maklumat pihak yang boleh dirujuk untuk mengesahkan maklumat anda. Ingat “ anda menjual diri untuk dibeli” . Tunjukkan kebolehan anda.
Maklumat lanjut sila rujuk artikel cover letter dan resume. Semoga Berjaya

No comments: