Monday, December 11, 2006

Habis Belajar – Nak Buat Apa?

Pasti masalah memilih kerjaya menjadi topic penting buat pelajar sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di IPTA/IPTS. Bukan sahaja keliru bidang kerjaya yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran malah ada yang tak tau kerjaya apa yang sesuai untuk diceburi.

Masalah ini sering dihadapi mereka yang kurang maklumat mengenai kerjaya, sekaligus bakal mengundang masalah bila me,ohon kerjaya kelak. Satu perkara yang harus dipastikan ialah merancang kerjaya sesuai sebelum mengambil keputusan lanjut memilih kerjaya yang paling sesuai.

Dibawah ini disenarikan beberapa panduan terbaik buat mereka yang tercari-cari ruang dan pilihan membuat keputusan memilih kerjaya.

1.Mengenali diri sendiri
- mengetahui personaliti.
- mengetahiu kebolehan.
- mengetahui minat serta kemampuan.

2.Mengetahui pekerjaan yang wujud
Ketika ini , dianggarkan wujud lebih 2,000 jenis pekerjaan yang ditawarkan kepada orang ramai mengikut pencapaian akademik dan pengalaman yang sesuai dalam sesuatu bidang. Ia dibahagikan kepada 2 kumpulan :
Perkhidmatan social – membantu orang lain yang mempunyai masalah.
Perkhidmatan am – memujuk , mengurus dan menunjuk ajar yang bertindak mempengaruhi orang ramai.

3. Dapatkan khidmat nasihat sebelum buat keputusan
Guru bimbingan kerjaya di sekolah atau institusi pengajian tinggi.
Pegawai pekerjaan di jabatan tenaga kerja.
Kaunselor di institut latihan atau institusi pengajian tinggi dan organisasi berkaitan,
Ibu bapa.

4. Bertindak sekarang – rancang kerjaya anda
Dapatkan latihan yang sesuai untuk tingkatkan kebolehan. Contohnya, kemahiran komputer, kemahiran berbahasa inggeris dan kelas menaip.
Dapatkan latihan kemahiran dalam bidang teknikal.
Berjumpa dengan pegawai di Jabatan Tenaga Kerja berhampiran jika memerlukan bimbingan.

No comments: