Monday, November 13, 2006

Work At Home

Anda teringin memulakan perkhidmatan rekabentuk grafik yang beroperasi dari rumah. Anda fikir anda telah mempunyai kesemua ciri-ciri yang diperlukan – latihan yang sewajarnya, diploma daripada institusi Seni yang diiktiraf, empat tahun pengalaman bekerja dengan wakil pengiklanan antarabangsa, dan penglibatan dalam beberapa kempen yang terkenal dan telah berjaya merangkul anugerah. Adakah semua itu sahaja yang diperlukan untuk berjaya?

Mungkin pada pandangan mata kasar, dengan kelayakan dan pengalaman yang anda miliki, anda rasa anda telah benar-benar bersedia untuk menceburi satu cara hidup yang berbeza. Walau bagaimanapun, sebagai seorang individu yang akan beradu nasib mendirikan pejabat dirumah anda sendiri, anda tidak lagi membawa nama baik syarikat tempat anda bekerja dahulu. Buat masa sekarang anda bermula dengan kosong tanpa memiliki reputasi yang anda banggakan.

Jika anda tergolong dikalangan orang-orang yang bekerja dari rumah dan berkata, “Terbaris trofi-trofi kemenangan didalam almari untuk semua melihatnya, jadi apa lagi yang saya perlu katakan?”, maka anda perlu tahu bahawa pengaruh trofi-trofi, pingat-pingat dan sijil-sijil itu mungkin tidak akan melangkaui lepas dari keempat-empat dinding batu rumah anda sahaja. Pendek kata, anda mesti bangun menghadapi kenyataan. Jika tiada orang yang mengetahui kewujudan anda, tiada siapa yang akan pergi ke perniagaan anda dan tiada siapa yang akan membeli dari anda. Anda perlu membuat perancangan terperinci untuk memasarkan perniagaan anda.

Terdapat juga orang-orang yang tidak yakin untuk melakukan pengumuman berkenaan barangan dan perkhidmatan mereka. Mereka memandang rendah kepada kebolehan mereka sendiri, maka mereka telah kehilangan banyak peluang-peluang perniagaan. Jangan memandang rendah terhadap kebolehan dan kemahiran anda. Sebagai contohnya, jika apa yang anda tahu Cuma memasak makanan yang mudah-mudah, jangan sekali-kali membuang idea perancangan untuk memulakan perniagaan katering dari rumah dari fikiran anda. Anda mungkin merupakan ‘penyelamat’ kepada ibu-ibu yang bekerja sepenuh masa, orang-orang hilang upaya ataupun orang-orang tua. Teruskan impian anda! Hulurkan tangan anda kepada mereka-mereka yang memerlukan perkhidmatan anda.

Dalam perniagaan, anda mesti berfikir seperti seorang pengusaha; pemasaran perkhidmatan atau barangan-barangan anda merupakan salah satu keperluan didalam operasi bekerja dari rumah. Anda fikirkan boleh, laksanakannya, jangan biarakan ia hanya bersarang dalam minda anda. BUAT dan yakinkan diri anda bahawa anda boleh.

Bagaimana anda boleh membuat orang lain menyedari kewujudan barangan atau perkhidmatan anda dan berapa lamakah anda dapat menahan perhatian mereka agar mereka tertarik untuk mencubanya? Anda perlu jual diri anda dulu, sebelum anda dapat menjual produk atau servis. Bergaullah dengan bakal pelanggan anda, antaranya pergi ke majlis-majlis tertentu seperti jamuan hari raya, majlis kesyukuran dan sebagainya.

No comments: