Friday, November 17, 2006

Outdoor Games Football Players

Bolasepak ialah merupakan salah satu permainan berpasukan yang disukai oleh kebanyakan orang. Permainan ini dimainkan oleh 11 orang sepasukan dan dibantu oleh 1 orang pengadil dan 2 orang penjaga garisan serta seorang pengadil simpanan. Dalam permainan ini setiap pasukan perlu menjaringkan gol untuk mencapai kemenangan.

Diantara pemain bolasepak terkenal pada masa kini ialah Ronaldiho, sekarang bermain untuk pasukan Barcelona di liga Sepanyol. Beliau terkenal kerana mampu membuat sepakan percuma yang berjaya menghasilkan gol. Disamping itu beliau sentiasa membantu pemain penyerang pasukan dengan membuat hantaran tepat untuk menjaringkan gol kemenangan.

Kehebatan Ronaldinho dalam membuat sepakan percuma, masih diigati apabila, beliau menjaringkan gol kemenangan semasa menentang pasukan England di suku akhir pada Piala Dunia 2002 yang dianjurkan bersama oleh Korea dan Jepun,. Semasa membuat sepakan percuma yang jauh diluar kotak penalti, beliau memerhatikan penjaga gol England, David Seaman yang berdiri jauh dari petak golnya. Pada masa itu, beliau mempunyai 2 pilihan iaitu menyepak bola kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol atu membuat jaringan gol untuk pasukan. Beliau memilih untuk menjaringkan gol dengan menendang bola terus ke pintu gol lalu bola itu meluru dengan pantas dan masuk ke mulut gol. Pakar-pakar bolasepak dunia menyatakan gol yang dijaringkan adalah antara yang tercantik dalam sejarah Piala Dunia.

Thiery Henry meupakan seorang pemain bolasepak yang berbakat pada masa kini, sekarang bermain untuk pasukan Arsenal dalam Liga Perdana England. Beliau bermain di posisi serangan. Henry adalah seorang penyerang yang prolifik kerana berjaya menjaringkan banyak gol untuk pasukannya Beliau juga boleh menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang cantik. Beliau telah dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak dalam Liga Perdana England. Kejayaan ini melayakan beliau dianugerahkan sebagai pemain terbaik di England. Buat masa sekarang beliau adalah penjaring gol terhebat bagi pasukanya di Arsenal liga Perdana England.

Bagi pemain pertahanan pula, John Terry adalah antara pemain yang hebat, Beliau sentiasa berjaya mengekang asakan daripada penyerang lawan. Beliau adalah salah seorang pemain Chelsea yang beraksi di liga Perdana England. Kehebatan beliau ini telah berjaya menobatkan beliau sebagai pemain pertahanan terbaik di liga Perdana England. Dedikasi dan komitmen yang beliau tunjukkan melayakan beliau menjadi ketua pasukan Chelsea. Sejak beberapa musim lalu beliau merupakan pemain regular dalam pasukan Chelsea dan menjadi nadi pasukan dalam setiap perlawanan.

Gianluigi Buffon adalah penjaga gol terbaik di Series A, Itali buat masa sekarang. Beliau bermain untuk pasukan Juventus sejak lama dulu lagi. Beliau merupakan tunjang kekuatan di posisi pertahanan kerana pemain terakhir yang perlu ditewaskan untuk pasuakan lawan mencapai kemenangan. Memiliki seorang penjaga gol yang cekap dapat menambah keyakinan rakan sepasukan dalam menghadapi asakan pihak lawan. Keadaan ini amat ketara apabila penjaga gol berjaya menafikan sepakan penalti yang diamabil oleh pihak lawan. Oleh itu, beliau layak dianugerahkan sebagai penjaga gol terbaik di Series A dan juga Itali buat masa kini.

Dalam permainan bolasepak ini, kerjasama berpasukan penting untuk pasukan mencapai kemenangan. Namun, jika pasukan memiliki 3 atu 4 pemain yang memiliki kemahiran ia menambahkan lagi kekuatan pasukan. Oleh itu, pemain ini menjadi nadi kekuatan sesuatu pasukan dalam mengharungi setiap perlawanan sama ada di peringkat domestik dan Liga Juara- juara bagi kelab di peringkat Eropah.

No comments: